PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (KOHORT 7)
21 Mac 2016
18 Mac 2016
RENCANA PILIHAN: Nasihat Pakar Perubatan Berkaitan Fenomena Ekuinoks & Kepanasan Global
“ Umi, air paip ni panas”, rungut anak saya.
“Biarkan dulu ia di dalam kolah, hati-hati jangan tadah air terus dalam tangan waktu berwuduk”, pesan saya.
Saya baru sampai ke kampung di utara tanah air. Rungutan anak saya itu adalah berkaitan dengan kepanasan melampau yang dialami bersempena dengan fenomena ekuinoks.
Fenomena ekuinoks berlaku apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Di Malaysia, ia berlaku lazimnya di bulan Mac dan September.
Fenomena ekuinoks berlaku apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Di Malaysia, ia berlaku lazimnya di bulan Mac dan September.
Fenomena ini diburukkan lagi oleh pemanasan global atau “global warming” , satu keadaan yang melibatkan kenaikan suhu bumi dan laut yang ketara. Suhu dibumi telah meningkat dari 0.4 hingga 0.8 0C dalam tempoh 100 tahun. Paras air laut meningkat mendadak kerana pencairan bongkah ais batu di Kutub Utara dan Selatan disamping bencana alam seperti ribut, banjir dan kemarau yang melampau.
Bulan lepas, Jabatan Metereologi melaporkan fenomena El-Nino yang dijangka melanda negara pada suku pertama tahun ini menyebabkan pengurangan hujan sebanyak 20% hingga 60% dan peningkatan suhu sebanyak 0.5 0C hingga 2.0 0C. Badan manusia mempunyai mekanisma menyejukkan diri melalui perpeluhan, namun jika kepanasan luar melebihi 32.2 0C, jumlah haba melebihi kesan penyejukan yang dihasilkan melalui perpeluhan. Perpeluhan bertambah dan badan terdedah kepada dehidrasi. Dalam bulan Januari misalnya, suhu di daerah Klang meningkat sehingga 350C.
Berbalik kepada fenomena ekuinoks, dua hari lepas, Datuk Wilfred Madius Tangau, Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui laporan akhbar menyatakan bahawa keadaan cuaca panas ini boleh menyebabkan kepanasan melampau atau “heatwave” jika suhu melebihi 35°C selama 5 hari berturut-turut atau melebihi 37°C selama 3 hari berturut-turut. Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telahpun dikenal pasti mencatatkan suhu setinggi 38°C.
Apakah yang perlu kita lakukan bagi memastikan kepanasan melampau ini tidak mengakibatkan gejala buruk seperti dehidrasi teruk, yang mungkin menyebabkan gangguan kesihatan kepada organ-organ penting?
1. Minum banyak air – minum 8 hingga 10 gelas air bersamaan 2.4 – 3.0 liter.
Kita kena tahu bahawa 60% daripada berat badan kita ialah air. Oleh sebab itu penting kita memastikan kandungan air dalam badan ini stabil. Kandungan air ini datangnya dari:
a) pengambilan air – sebanyak 47%
b) pengambilan makanan – sebanyak 39%
c) metabolisma badan – sebanyak 14%
Kita perlu mengambil air dengan kerap, dalam sela masa setiap 1-2 jam, selepas berbuka. Masalah kita sebenarnya adalah kita sentiasa terlupa untuk minum air secukupnya.
Adalah dicadangkan kita sentiasa memastikan air MUDAH DICAPAI dengan menyediakan botol-botol air dan gelas diseberapa banyak bahagian rumah (bukan hanya di dapur seperti lazimnya) eg dibilik tidur, di ruang tamu, yang memudahkan kita mencapai minuman sentiasa. Kita juga perlu sentiasa membawa botol minuman ke mana-mana. Kita tidak digalakkan meminum air dalam kuantiti yang banyak sekaligus.
Cuaca panas yang juga berlaku diwaktu malam mendedahkan seseorang Muslim dan Muslimat kepada masalah dehidrasi. Sebagai ahli kariah surau, adalah amat baik jika kita dapat menggunakan wang sumbangan ahli surau bagi menyediakan bekalan air masak yang mencukupi.
2. Jenis minuman
Perbanyakkan minum air masak dan air bersifat isotonik. Kurangkan minum air berkafein berlebihan seperti kopi, teh dan minuman manis yang menambahkan proses dehidrasi kerana minuman-minuman ini merangsang diuresis (kencing banyak). Minumlah juga jus buah-buahan segar.
3. Jenis makanan
Di hari yang panas, kurangkan makanan pedas dan makanan masin/bergaram kerana ia menambahkan rasa haus. Garam berlebihan didalam makanan akan menyebabkan badan berusaha membuang garam, yang secara fisiologinya akan turut memerlukan pembuangan air (melalui air kencing).
Lebihkan buah-buahan dan sayur berserat kerana makanan ini mengandungi banyak air, dan berada lebih lama didalam usus bagi membenarkan penyerapan air ke dalam badan perlahan-lahan.
4. Jenis pakaian
Di dalam cuaca panas, pilihlah pakaian yang sesuai. Warna pakaian yang hitam misalnya memerangkap haba. Pakaian berwarna legap, tidak memerlukan singlet lebih baik daripada memakai baju putih tapi memerlukan singlet didalam. Begitu juga, pastikan pakaian yang dipakai longgar.
5. Kurangkan aktiviti di luar
Dalam cuaca panas, terutama bagi kanak-kanak, kurangkan aktiviti permainan atau sukan diluar.
Apakah tanda-tanda AWAL DEHIDRASI ?
Di dalam cuaca panas ini, berkemungkinan sesetengah daripada kita akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri. Jika kita mengalami tanda-tanda AWAL DEHIDRASI seperti keletihan yang amat sangat, bibir kering dan pecah, suhu badan meningkat, kadar pernafasan meningkat dan pening, kita boleh berusaha untuk menurunkan suhu badan dengan membasahkan kepala terus dibawah air, atau menggunakan kain tuala kecil yang dibasahkan dengan air sejuk seterusnya mengelap dahi, pangkal kepala, leher, dibelakang telinga, didada juga ditengkuk. Sekiranya cara ini tidak berkesan, kita patut terus berjumpa doktor untuk nasihat perubatan.
Di dalam cuaca panas ini, berkemungkinan sesetengah daripada kita akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri. Jika kita mengalami tanda-tanda AWAL DEHIDRASI seperti keletihan yang amat sangat, bibir kering dan pecah, suhu badan meningkat, kadar pernafasan meningkat dan pening, kita boleh berusaha untuk menurunkan suhu badan dengan membasahkan kepala terus dibawah air, atau menggunakan kain tuala kecil yang dibasahkan dengan air sejuk seterusnya mengelap dahi, pangkal kepala, leher, dibelakang telinga, didada juga ditengkuk. Sekiranya cara ini tidak berkesan, kita patut terus berjumpa doktor untuk nasihat perubatan.
Akhir sekali, bagaimana kita membantu mengurangkan kesan pemanasan global?
Pemanasan global berlaku apabila gas-gas seperti karbon monoksida,karbon dioksida, kloro flourokarbon[CFC], metana dan nitros oxida menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarkan semula sinaran tersebut,suhu purata atmosfera bumi akan meningkat.
Oleh itu secara dasarnya kita harus mengurangkan penghasilan bahan-bahan diatas dengan:
1. Pilih produk dalam tin aerosol yang tidak menggunakan CFC.
2. Mengamalkan penjimatan bekalan elektrik. Selain daripada tidak meninggalkan alatan elektrik terpasang, cara lain yang boleh dibuat ialah:
a. Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini demikian kerana plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket akan menyebabkan arus elektrik masih mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan.
b. Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan tenaga berbanding lampu bilik atau lampu mentol.
a. Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini demikian kerana plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket akan menyebabkan arus elektrik masih mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan.
b. Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan tenaga berbanding lampu bilik atau lampu mentol.
3. Kurangkan pergantungan kepada kenderaan persendirian, guna pengangkutan awam. Berjalan atau berbasikal untuk perjalanan yang dekat.
4. Kurangkan penjanaan sampah. Pereputan sisa-sisa organik mengeluarkan gas-gas rumah hijau seperti metana.
5. Beli barangan yang boleh dikitar semula dan jadikan kitar semula sebagai amalan hidup kita.
6. Tanam pokok di kawasan rumah. Penanaman pokok mengurangkan ketumpatan gas karbon dioksida yang terkumpul di sekeliling rumah.
7. Elakkan pembakaran terbuka.
BERITA PILIHAN: Pelan tindakan hadapi cuaca panas diaktifkan serta-merta
JUANI MUNIR ABU BAKAR | 18 Mac 2016 5:24 PM
PUTRAJAYA 18 Mac - Pelan tindakan bagi menangani gelombang haba ekoran cuaca panas dan kering yang melanda seluruh negara kerana fenomena El Nino pada ketika ini dikuatkuasakan dengan serta-merta.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelan tindakan itu merangkumi arahan penutupan sekolah, tadika dan taska sekiranya suhu panas mencapai 37 darjah Celsius selama tiga hari.
“Dalam pelan tindakan tersebut, kerajaan akan mengisytiharkan Kecemasan Gelombang Haba jika suhu melebihi 40 darjah Celsius melebihi tujuh hari termasuk terdapat kes kematian.
“Selain itu, semua aktiviti sukan melibatkan atlet di luar bangunan hendaklah ditangguhkan atau dilakukan dalam tertutup dan berhawa dingin,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Wan Junaidi, mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini telah bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Gelombang Haba yang dipengerusikan beliau untuk memantau cuaca panas dan kering di seluruh negara.
“Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
“Mereka akan duduk berbincang berhubung langkah lanjut yang diperlukan dilakukan kerajaan untuk menghadapi cuaca panas dan kering di kawasan terlibat,” katanya. - UTUSAN ONLINE
17 Mac 2016
RENCANA PILIHAN: APAKAH EL-NINO?
Apakah El Niño?
Setiap dua ke tujuh tahun, arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang ini disebut sebagai El Niño. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.
Secara lazimnya, El Niño berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. El Niño yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.
Bagaimana El Niño dikaitkan dengan keadaan atmosfera?
Semasa El Niño berlaku, suhu air laut yang lebih panas di tengah dan timur Lautan Pasifik membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan berpergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering secara relatifnya.
| Semasa El Niño terbentuk, tekanan permukaan atmosfera rendah terletak di permukaan lautan yang lebih panas ditandakan dengan warna merah di khatulistiwa tengah Pasifik. Semasa ketiadaan El Niño atau keadaan normal, tekanan permukaan atmosfera di Pasifik barat biasanya rendah manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi. Dalam keadaan ini, umumnya keadaan kawasan Pasifik barat adalah lembap manakala Pasifik tengah dan timur adalah kering. | |
| (Sumber Diagram: NOAA) | |
| Corak tekanan permukaan atmosfera yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dari El Niño kepada keadaan normal dan sebaliknya dikenali sebagai Ayunan Selatan (SO). Gandingan hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El Niño ini dikenali sebagai El Niño-Ayunan Selatan (ENSO). | |
| (Sumber Diagram: NOAA) SUMBER RUJUKAN: http://www.met.gov.my/web/metmalaysia/education/weather/weatherphenomena/elninolanina |
12 Mac 2016
MAJLIS PENYAMPAIAN RM100 PADA 12 MAC 2016
DIRASMIKAN OLEH
YBRS. TN. HJ. MOHD. AMIN BIN. YUSOFF
PEGAWAI PPD KOTA BHARU, KELANTAN
(MEWAKILI YB DATUK HJ. MD. ALWI BIN HJ. CHE AHMAD, ADUN KOK LANAS)
8.00 PAGI
SESI PENDAFTARAN IBU BAPA DI KANTIN
8.50 PAGI
SAMBUTAN TETAMU KEHORMAT DI DATARAN SERI KALONG
9.00 PAGI
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
DI DEWAN SERI KALONG
10.20 PAGI
TETAMU KEHORMAT DIBERIKAN TAKLIMAT OLEH PENGETUA
MENGENAI CADANGAN PROJEK MEMBAIK PULIH BANGUNAN LAMA
IBU BAPA MENDAPATKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
MELALUI GURU TINGKATAN ANAK MEREKA MASING-MASING
Langgan:
Catatan (Atom)






















