09 Januari 2022

PENGGAL KE-3 SESI 2021/2022 BERMULA 9 JANUARI 2022


PEMERIKSAAN SUHU MURID OLEH PENGETUA DAN GURU-GURU BERTUGAS DI PINTU  MASUK SEKOLAH PADA PAGI 9 JANUARI 2022, HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PENGGAL KE-3 SESI 2021/22

 

 





12 Disember 2021

JADUAL SPM 2021 TERKINI - KEMAS KINI 11/12/21

 KLIK DI BAWAH UNTUK LIHAT @ MUAT TURUN

07 Disember 2021

KPK: Jangan pandang ringan peningkatan kluster pendidikan


PUTRAJAYA: Peningkatan semula kluster membabitkan institusi pendidikan tidak boleh dipandang ringan memandangkan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketidakpatuhan individu terhadap prosedur operasi standard (SOP) kerajaan akan mencetuskan kluster yang tidak diingini.

Katanya, data yang diperoleh pihaknya mendapati terdapat pertambahan 16 kluster baharu membabitkan institusi pendidikan, iaitu 12 daripadanya berlaku di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.

"Walaupun kebanyakan populasi remaja dan dewasa kini sudah lengkap vaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengingatkan semula bahawa pengambilan vaksin tidak bermakna pematuhan SOP tidak diperlukan lagi.

"Pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul dan kebersihan tangan masih lagi penting bagi mencegah jangkitan COVID-19. Elakkan tempat yang sesak kerana penjarakan fizikal juga perlu dijaga.

"Perkukuhkan tindakan kesihatan kendiri dengan mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) bagi mendidik diri kita menjadi individu yang bertanggungjawab dan melindungi orang-orang di sekeliling kita daripada risiko jangkitan," katanya dalam kenyataan hari ini.

... lagi

01 November 2021

SUA MAYA 3 - JEJAK CEMERLANG SPM 2021 MATA PELAJARAN ELEKTIF PADA 1 - 4 NOV. 2021


TENTATIF PROGRAM JEJAK CEMERLANG SPM SIRI 3

1 Nov (Isnin)

3.30 - 5.30 ptg
Tasawwur Islam
En. Safee bin Zakaria
SMK Jelawat
Bachok Kelantan


8.30 -10.30 mlm 
Sains Rumah Tangga
YM Tg Hasnida bt Tg Hashim
SMK Bukit Guntong
Kuala Terengganu

3 Nov( Rabu)

8. 30 - 10. 30 pagi
Perniagaan
Pn Siti Murni bt  Che Omar
SMK Batu Melintang
Jeli ,Kelantan


11.00 - 1.00 tgh
Pendidikan Seni  
En Abd Aziz bin Che Deraman
SMK Kubang Bemban
Pasir Mas Kelantan


4 Nov (Khamis)

8.30 -10.30 pagi
Pertanian
En Wan Syaiful Akmal Bin Wan Yusoff
SMK To' Uban
Pasir Mas, Kelantan

11.00 - 1.00 tgh
Geografi
Pn Nor Arlina binti Awang
SMK Belimbing Tanah Merah Kelantan.