17 Jun 2021

JADUAL PENGAMBILAN MODUL UNTUK PdPR BERTARIKH 20 JUN - 1 JULAI 2021

UNTUK JADUAL LENGKAP DAN SURAT KEBENARAN PERGERAKAN, SILA RUJUK WHATSAPP GRUP PdPR MURID / ANAK MASING-MASING

Kerajaan teliti vaksin untuk pelajar, guru hadapi peperiksaan - Khairy


Kerajaan sedang meneliti untuk memberikan vaksin Covid-19 kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan tahun ini selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan pengunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi individu berusia 12 tahun ke atas.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin telah membangkitkan kepadanya mengenai apakah pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 boleh divaksin terlebih dahulu. Katanya, turut dibincangkan adalah program vaksinisasi di kalangan guru dan kakitangan sokongan sekolah.

"Ia munasabah kerana saya fikir anak-anak yang menghadapi peperiksaan perlu kembali ke sekolah untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan.

"Oleh itu, kami sedang mengusahakan sesuatu dengan Kementerian Pendidikan bagi menumpukan perhatian kepada pelajar peperiksaan terlebih dahulu, untuk memberi suntikan kepada para guru, kakitangan sokongan di sekolah, dan juga pelajar tahun peperiksaan. 

"Sekarang Pfizer telah diluluskan untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 18 tahun,”katanya.

Mengulas mengenai isu sama, Khairy berkata pengumuman segera akan dibuat mengenai fasa kelima PICK yang mensasarkan golongan remaja.

Sebelum keputusan DCA pada 15 Jun, vaksin Pfizer-BioNTech hanya diluluskan bagi kegunaan individu berusia 18 tahun ke atas sementara menunggu lebih banyak data sama ada vaksin itu selamat dan berkesan untuk digunakan bagi golongan muda. Ia merupakan vaksin Covid-19 pertama yang diluluskan untuk digunakan kepada remaja di Malaysia.

Menurut Khairy, dia dimaklumkan oleh Radzi bahawa terdapat 357,000 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan membabitkan 47,000 guru. Untuk memudahkan suntikan, katanya khemah vaksinasi boleh didirikan di sekolah.

Dia bagaimanapun tidak menyebut perancangan sama ada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 akan diberi vaksin bersama kumpulan utama lain yang sedang diberi vaksin ketika ini, atau hanya menerima vaksin lebih awal daripada kumpulan remaja lain.

Pada masa ini, PICK dibahagikan kepada empat fasa. Fasa pertama mensasarkan penggubal undang-undang dan barisan hadapan terutamanya pekerja penjagaan kesihatan yang merawat pesakit Covid-19. Fasa kedua mensasarkan individu yang berumur 60 tahun ke atas, orang kurang upaya atau mempunyai penyakit kronik, dan barisan hadapan yang ketinggalan pada fasa pertama. Fasa ketiga mensasarkan populasi dewasa yang lain, iaitu individu yang berumur 18 tahun ke atas yang belum diberi vaksin.

Selain itu fasa keempat yang baru diumum mulai semalam, bertujuan mengekang wabak dengan memvaksinasi mereka yang bekerja di sektor ekonomi kritikal ketika "lockdown" Fasa kedua dan keempat sedang dijalankan secara serentak.

Labuan juga diutamakan di bawah fasa keempat berikutan penularan wabak akibat varian Delta (B.1.617.2).Ia meliputi vaksin Pfizer-BioNTech yang akan dihantar pada pertengahan bulan Julai.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/579318 

13 Jun 2021

JPN KELANTAN FOKUS NARATIF ASPIRASI, CABARAN BUKAN PENGHALANG

SPM 2020: JPN KELANTAN FOKUS NARATIF ASPIRASI, CABARAN BUKAN PENGHALANG

oleh Norzana Razaly
13 JUN 2021 - KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menyediakan Naratif Aspirasi SPM 2020 bagi Negeri Kelantan: Cabaran Bukan Penghalang sempena norma baharu yang dihadapi oleh 27,719 calon berdaftar bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun lalu.
Pengarahnya, Zulkernai Fauzi berkata, calon SPM tahun 2020 sangat istimewa kerana menjadi perintis kepada sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang serba baharu dan mencipta fenomena keputusan yang berorientasikan kemenjadian pelajar berdepan cabaran sehingga beroleh kejayaan.
Menurutnya, deretan “A” bukan menjadi keutamaan, sebaliknya kegigihan mendepani cabaran menjadi kayu ukur kejayaan. Tumpuan JPN lebih menjurus kepada semangat juang pelajar yang gigih berusaha mengharungi norma baharu yang mencabar.
“Kita amat bersyukur kerana aspek kemenjadian pelajar menjadi agenda naratif aspirasi SPM 2020 dibuktikan dengan peningkatan peratusan layak sijil SPM dan sekolah lulus 100 peratus meningkat 31 buah berbanding 30 buah pada tahun 2019”, katanya yang turut memuji kesungguhan inisiatif para guru dan pemantauan ibu bapa.
Berdasarkan rumusan analisis Petunjuk Prestasi Utama, Gred Purata Negeri (GPN) merekodkan perbezaan skala yang munasabah pada ratio 0.06 mata pencapaian pada tahun 2019 dengan perolehan 4.84 mata berbanding 4.90 mata pada tahun 2020.
Di samping itu, status lulus layak sijil SPM 2020 meningkat sebanyak 1.19 peratus kepada 90.90 peratus berbanding 89.71 peratus pada tahun 2019.
Beliau turut berkongsi kisah insipirasi empat pelajar kembar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Kota Bharu, Amir Muttaqin, Aniq Muttaqin, Abid Muttaqin dan Adib Muttaqin Md Khairuddin yang menempa kejayaan setelah berjaya mengharungi cabaran kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Mereka belajar di rumah secara atas talian dan berdepan kesukaran kerana mereka terpaksa berkongsi sebuah telefon pintar. Tambahan pula, talian internet kurang stabil menjadi satu lagi cabaran dalam proses pembelajaran.
Aniq dan Abid bersyukur mendapat keputusan 7A manakala Amir dan Adib reda meraih 6A setelah berdepan rintangan semasa menghadapi SPM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020.
Semasa di asrama pada awal tahun 2021, mereka dapat peluang belajar secara bersemuka bersama guru dan rakan-rakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan”, katanya melalui telefon.

SUMBER: FB

Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan

12 Jun 2021

PdPR SMKPK BERSAMBUNG LAGI MULAI 13 JUN 2021


SUBMENU PdPR SMKPK

BBB/BBM                                                  DELIMa   
 
SELAMAT BERPdPR

09 Jun 2021

KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2020 PADA 10 JUN 2021

SEMAKAN KEPUTUSAN CALON SPM 2020
 SMK PANGKAL KALONG

✅ *TARIKH: 10 JUN 2021
✅ *MASA: 10 PAGI

⛔️ *CALON TIDAK PERLU HADIR KE SEKOLAH* 
untuk dapatkan keputusan

📲 *SMS : 

SPM(space)IC(space)ANGKAGILIRAN ➡️ 
HANTAR KE 68886* 

💻 *INTERNET* 


SLIP KEPUTUSAN PENUH MULAI 14/6/2021 DI:

‼️ Sekiranya ada calon yang mempunyai masalah untuk menyemak keputusan SPM, sila maklumkan kepada guru kelas Tingkatan 5 2020 @ kaunselor anda untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada hari kejadian. 

‼️ *Tiada penyerahan hard copy*
‼️ *Penyerahan semua sijil* (sijil Berhenti Sekolah, sijil PAJSK, sijil Psikometrik, surat akuan, sijil2 PBS) *hanya selepas PKP iaitu tertakluk kepada arahan MKN*


Berita lanjut di BERNAMA

04 Jun 2021

KOLEKSI RAK BUKU MAYA

KOLEKSI BAHAN BACAAN DALAM TALIAN

(Untuk NILAM dan menambah ilmu pengetahuan sambil mengisi masa lapang semasa TOTAL LOCKDOWN)


SMK (P) AIR PANAS, KUALA LUMPUR


SMK AMINUDDIN BAKI


SMK BANDAR BARU SERI PETALING, KL


SMK BANDAR TUN RAZAK


SMK BANGSAR


SMK DESA PERDANA


 Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menyediakan koleksi bahan bacaan di atas.


KOLEKSI RAK BUKU MAYA YANG LAIN BOLEH DIDAPATI 

DI PAUTAN:

https://smkpkalong.blogspot.com/p/buku-baharu-di-pusat-sumber.html