18 November 2016

MAJLIS MAKAN MALAM BERKAT SMKPK 2016 DI HOTEL SUTERA INN PADA 18 NOV. 2016

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


15 November 2016

TAHNIAH ! GOMO KALONG GOMO. SMKPK JOHAN FRISBEE BAWAH 15 TH. PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2016














KEJOHANAN FRISBEE BAWAH 15 TH. 
PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2016
PADA 15 NOVEMBER 2016
DI SK REDANG


SMKPK JOHAN BAWAH 15 TH. PEREMPUAN

SMKPK NAIB JOHAN BAWAH 15 TH. LELAKI

TAHNIAH KEPADA PESERTA DAN PARA JURULATIH

GOMO KALONG GOMO

14 November 2016

PERHATIAN KEPADA MURID TINGKATAN 3 - PERMOHONAN KE KV & SMT 2017 DIBUKA SECARA ONLINE MULAI 11 OKTOBER 2016


1.    Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2016 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2017 seperti berikut :

•    Program Kolej Vokasional
  • di Kolej Vokasional KPM
  • di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) - Auto Prima Technology Sdn. Bhd., Septronic Skills Training Centre, Enter Coridor Training Centre, Akademi APFT Maintenance Training , PPKS Ilmu Sdn. Bhd., JT Akademi Sdn. Bhd
  • di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) - KKTM Masjid Tanah
•    Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

•    Program Kemahiran di : 

  • Pusat GIATMARA yang terpilih di seluruh Malaysia
  • WISDEC Sabah

2.    Permohonan secara online dibuka mulai 11 Oktober 2016 hingga 20 Disember 2016.

3.    Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http: //www.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

        Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
        Kementerian Pendidikan Malaysia
        Aras 6, Blok E14, Parcel E
        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
        62604 Putrajaya
        (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089)
 

INFO SAINS - JANGAN LEPASKAN PELUANG MELIHAT FENOMENA SUPERMOON PADA MALAM 14 NOV. 2016



KUALA LUMPUR, 8 Nov - Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan.


Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena Supermoon kali ini merupakan yang terbesar pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.

"Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam.   

"Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Bernama

TARIKH TUTUP PERMOHONAN MATRIKULASI 2017


PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2017/2018

11 October 2016
MAKLUMAT PENTING CALON SPM 2016
Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2017/2018 akan
DITUTUP pada 30 November 2016.
Sila layari

11 November 2016

SEMBAH TAHNIAH DARIPADA WARGA SMKPK

BIODATA SULTAN KELANTAN

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong (mulai 13 Disember 2016), merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan. Tengku Muhammad Faris Petra, 47 (2016), putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai â€Å“kita”, telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010. Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai "Kita".
Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju â€Å“gumbang”, berkopiah putih ketika melawat rakyat.
Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.
Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Okt 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I di sini sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.
Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di masa lapang gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.
Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.
Baginda adalah Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.
Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra, dan Tengku Amalin Aishah Putri.
Baginda merupakan satu-satunya sultan yang menukar perkataan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar.
 
‘Saya tukar Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar supaya pelafaznya dapat pahala’.
-Sultan Muhammad V
Baginda hanya membahasakan dirinya sebagai saya sahaja dan bukannya beta seperti sultan-sultan lain.


01 November 2016