PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (KOHORT 7)
07 November 2016
06 November 2016
03 November 2016
02 November 2016
01 November 2016
PEPERIKSAAN SPM 2016 BERMULA 7 NOV. 2016
7 NOV. - 6 DIS. 2016
Klik di bawah untuk melihat jadual & cetak
28 Oktober 2016
434,535 calon bakal duduki SPM seluruh negara
SERAMAI 434,535 orang calon dijangka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara pada tahun ini di 3,732 pusat peperiksaan bermula 7 November hingga 6 Disember ini. - Gambar Hiasan
PUTRAJAYA 28 Okt. - Seramai 434,535 orang calon bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara pada tahun ini di 3,732 pusat peperiksaan bermula 7 November hingga 6 Disember ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, seramai 32,220 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.
"Seramai 377,194 orang atau 86.8 peratus adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seramai 9,094 orang (2.1 peratus).
"Calon sekolah menengah agama negeri 7,931 (1.8 peratus), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian 12,847 (3.0 peratus); calon persendirian 25,713 (5.0 peratus) dan calon sekolah menengah agama rakyat 1,756 (0.3 peratus)," jelas kenyataan itu.
Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa SPM berlangsung.
Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://lp.moe.gov.my. - UTUSAN ONLINE
26 Oktober 2016
SEDUTAN BERITA AKHBAR : Pelajar terlibat dadah serius – TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan Kementerian Pendidikan ke atas 35,755 pelajar tingkatan satu hingga enam, sejumlah 1,457 positif dadah.
Menurutnya daripada jumlah tersebut, pelajar tingkatan lima dan empat merupakan kumpulan terbesar yang terlibat dengan najis dadah, membentuk 73.1 peratus daripada keseluruhan jumlah yang direkodkan.
Katanya, peningkatan kadar penagihan dalam kalangan pelajar itu disebabkan tindak-tanduk pengedar dadah yang menyasarkan golongan berkenaan sebagai cara untuk memperluaskan pasaran jualan dadah mereka.
“Kita lihat pelajar yang menggunakan methamphetamine sebanyak 74 peratus, ertinya guna dadah sintetik. Sementara 20 peratus lagi guna kanabis manakala bakinya menggunakan lain-lain jenis dadah. Jumlah 74 peratus ini cukup bahaya.
“Kerajaan bimbang dengan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar dan gambarannya di sini, masyarakat dan golongan ibu bapa perlu bersama kerajaan, jangan hanya mengharapkan agensi semata-mata untuk memerangi dadah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di bangunan Parlimen hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim.
Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan akan mula dikuatkuasakan bulan depan.
Ahmad Zahid berkata, antara langkah terbaharu dengan menubuhkan makmal khas bagi menguji dadah serta mahkamah khas bagi membicarakan pesalah dadah agar tindakan undang-undang dapat dikuatkuasakan dalam tempoh yang lebih pantas. berbanding sekarang.
“Pelaksanaannya 30 hari dari mesyuarat hari ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan akan memutuskan tindakan segera,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas.
25 Oktober 2016
22 Oktober 2016
Langgan:
Catatan (Atom)




























