PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (KOHORT 7)
18 Oktober 2015
PERMOHONAN KE TINGKATAN 4 MAKTAB TENTERA DIRAJA (RMC) 2016
Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD sesi 2016 Tingkatan 4. Unit kemasukan Maktab Tentera Diraja mempelawa calon PT3 Tingkatan 3 untuk mengikuti program Tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja bagi sesi tahun 2016. Untuk info, permohonan MTD 2016 kini sudah dibuka sehingga 30 November 2015. Berikut adalah langkah atau cara permohonan kemasukan Maktab Tentera Diraja MTD 2016 Tingkatan 4.
Syarat Kelayakan Maktab Tentera Diraja MTD 2016 Tingkatan 4
- Warganegara Malaysia
- Jantina- Lelaki
- Tinggi minimum: 152 CM
- Berat Minimum: 40.5 KG
- Body Mass Index (BMI): 18 hingga 27
- Ukuran Dada: 74cm (Biasa) dan 79cm (Tarik Nafas)
- Penglihatan baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata, hendaklah tidak melebihi 6/12.
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang mampu memudaratkan diri jika buat aktiviti lasak.
- Memperoleh 7A (termasuk Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan PT3 2015
- Keutamaan kepada calon yang aktif dalam bidang sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform
Tarikh Tutup Maktab Tentera Diraja MTD 2016 Tingkatan 4
30 November 2015
KLIK DI ATAS UNTUK KE http://www.rmc.edu.my/13 Oktober 2015
LAWATAN PEGAWAI SIP+ PPD KOTA BHARU KELANTAN KE SMKPK
SESI PERJUMPAAN TN. HJ. MOHD. RAZALI B. ISMAIL PEGAWAI SIP+,
PPD KOTA BHARU KELANTAN DENGAN PENTADBIR
DAN GURU-GURU TINGKATAN 5 DI BILIK SRI KALONG
PADA 13 OKTOBER 2015
12 Oktober 2015
11 Oktober 2015
10 Oktober 2015
08 Oktober 2015
05 Oktober 2015
01 Oktober 2015
28 September 2015
26 September 2015
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH
26 September 2015
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 26 September 2015 menunjukkan semua kawasan masih berada di bawah bacaan IPU 200.
Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri-negeri yang akan bermula esok 27 September 2015 (Ahad) iaitu Johor,Terengganu dan Kelantan hendaklah dibuka seperti biasa. Walau bagaimana pun, pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri tersebut hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.
Sekiranya berlaku perubahan terhadap bacaan IPU tersebut kepada keadaan Tidak Sihat (IPU 101-200) atau Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300), maka pihak tersebut boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing berdasarkan Surat Siaran KPM Bil. 17 Tahun 2013 bertarikh 7 Ogos 2013 [Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal].
Terimakasih.
Kementerian Pendidikan Malaysia
26 September 2015
23 September 2015
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MENGIMBAU
IBADAT KORBAN DI SMK PANGKAL KALONG
IBADAT KORBAN DI SMK PANGKAL KALONG
PADA HARI RAYA KE-3 (17 OKTOBER 2013)
Klik di bawah untuk melihat Persembahan Slaid Takbir dan Ibadat Korban:
Klik di bawah untuk melihat Persembahan Slaid Takbir dan Ibadat Korban:
Langgan:
Catatan (Atom)






































