12 Februari 2014

TAKWIM PEPERIKSAAN 2014


BERITA PENDIDIKAN: Kaji PBS secara menyeluruh

Kaji PBS secara menyeluruh
Putrajaya: Kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan pada 2012 berikutan pelbagai aduan daripada guru.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi membolehkan Kementerian Pendidikan mengenal pasti rumusan melaksanakan PBS secara lebih berkesan.

Sebelum ini guru mengadu mengenai kesukaran memasukkan maklumat ke dalam pangkalan data dan kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga 1 April, tetapi proses PBS diteruskan. 

Kita akan teliti perkara ini dan adakan mesyuarat selepas ini. Kalau fikir perlu dan sesuai, kita tangguhkan seketika sehingga sistem ini dilihat kemas serta boleh beroperasi secara lancar, kita akan putuskan (kemudian).

Sejak memperkenalkan PBS, kita terima pelbagai pandangan daripada guru yang meminta kerajaan teliti semasak-masaknya kaedah terbabit, katanya pada sidang media semalam.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pendidikan, mengadakan perjumpaan lebih sejam dengan pengetua dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 8(1) bagi mendengar sendiri masalah mereka berkaitan pelaksanaan PBS.

PBS dilaksana berdasarkan empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi). 
Dengar pandangan guru

Muhyiddin berkata, sesi itu bagi membolehkan beliau mengetahui lebih dekat pandangan guru, selain cabaran yang mereka hadapi dari segi pelaksanaan di samping kesan pelaksanaan terhadap pelajar serta penerimaan ibu bapa terhadap PBS.

Rumusannya, kalau PBS hendak dilaksanakan, kita mesti pastikan segala yang diperlukan, sama ada dari segi sistem infrastruktur, latihan dan perkara lain benar-benar difahami dan dapat beroperasi secara cekap. 

Itulah sebabnya saya memutuskan kita tangguh sementara aspek memasukkan maklumat berkaitan pelajar kerana sistem pelayan (server), selain rangkaian perhubungan dan penggunaan alat merekodkan prestasi serta pencapaian pelajar tak dapat dilaksana dengan baik.

Justeru, ada keperluan untuk kita meneliti lebih lanjut. Saya minta pengalaman SMK Presint 8 (1) dijadikan bahan kajian dan minta kerjasama pengetua, selain guru untuk meneliti serta membentang lebih lanjut apa yang mereka alami selama ini untuk diperhalusi oleh kementerian, katanya

07 Februari 2014

BERITA PENDIDIKAN : Buku Teks Digital Dilancar, Bawa Sistem Pendidikan Ke Tahap Lebih Tinggi

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata penggunaan buku teks digital itu yang mengandungi teks, grafik serta ciri flip (selak helaian) akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun ini.
"Ini adalah proses pembangunan dan peningkatan sistem pendidikan bagi pastikan kita mencapai tahap yang baik dalam dunia. Kita merupakan antara satu per empat negara yang terawal di dunia yang melaksanakan perkara ini.
"Kita memberi penekanan kepada pembelajaran kendiri di mana pelajar boleh merujuk buku teks digital ini pada bila-bila masa dan di mana-mana mengikut tahap kemampuan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku teks digital di sini, Jumaat.
Beliau berkata dalam gelombang pertama (2013-2015), kementerian telah memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan ID yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.
Bagaimanapun, kata Idris, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.
Pendigitalan buku teks dilakukan dalam tiga gelombang seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula tahun 2013 hingga 2025.
Bagi gelombang kedua (2016-2020), kementerian merancang untuk menghasilkan buku teks dalam bentuk interaktif bagi mata pelajaran terpilih, yang mengandungi elemen teks, grafik, audio, video dan animasi untuk membantu pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Gelombang ketiga (2021-2025) pula bakal menyaksikan penerbitan buku teks digital bagi semua mata pelajaran termasuk bagi murid berkeperluan khas.
Idris berkata para pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing (tablet, iPad) ke sekolah bagi tujuan mengakses buku teks digital untuk menggantikan buku teks bercetak.
Ditanya tentang dakwaan laporan polis yang dibuat dua anggota Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan bahawa terdapat tinjauan seks dijalankan di sebuah sekolah rendah di Nilai, Idris berkata beliau telah maklum mengenai perkara itu tetapi masih menunggu maklumat lanjut sebelum boleh mengulas.
Terdahulu dalam ucapannya, Idris berkata kementerian tidak berhasrat menghentikan PPPM seperti yang diminta sesetengah pihak.
"Berilah masa. Baru lima bulan pelan ini dilancarkan, sudah tentu akan ada sedikit masalah di peringkat pelaksanaan. Tetapi kita mahu melihat kualiti pendidikan kita di tahap terbaik.
"Saya percaya dengan adanya komitmen daripada semua pihak, kita boleh mencapai objektif yang digariskan dalam pelan tersebut," katanya. - BERNAMA

JADUAL KELAS TAMBAHAN HUJUNG MINGGU ANJURAN RISDA


06 Februari 2014

SOLAT SUNAT DHUHA DAN HAJAT BULANAN

TARIKH : 6 FEBRUARI 2014 (KHAMIS)
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DATARAN WAWASAN

 








03 Februari 2014

DUA PELAJAR PMR 2013 SMKPK TERPILIH KE TINGKATAN 4 SBP



 TAHNIAH. SELAMAT BELAJAR DI TEMPAT BAHARU