19 Disember 2013

KEPUTUSAN PMR TERBAIK SMKPK - GPS 2.31













GPS : 2.31 (No. 14 di PPD Kota Bharu, Kelantan)
PERATUS KELULUSAN : 76.4%

PENCAPAIAN:
9A 3 orang (Semua A)
8A 2 orang (Semua A)

Senarai nama (9A - 7A):

  1.  
NURUL ASYIKIN BT. AB. AZIZ
P
9A
(Semua A)

  1.  
SITI NUR FAZLIN BT. AHMAD
P
9A
(Semua A)

  1.  
ZURAINI BT. ZUL
P
9A
(Semua A)

  1.  
AHMAD LUKMANUL HAKIM B. SHAMSUDIN
L
8A
(Semua A)

  1.  
AMIN B. ZAKARIA
L
8A
(Semua A)

  1.  
NAWAL AFIFAH BT HISBUL BAHRI
P
8A 1B

  1.  
NUR FATIN ADINA BT. IBRAHIM
P
8A 1B

  1.  
NUR SYARAH AUNI BT. AHMAD
P
8A 1B

  1.  
NURUL AIN BT. MOHD SABEKI
P
8A 1B

  1.  
RAJA NURFARAHANIS BT.  RAJA SAKTI
P
8A 1B

  1.  
NUR FATIN ADINI BT.  IBRAHIM
P
8A 1C

  1.  
MOHAMAD AZRIEL IZZAT B.  MOHD RAZALI
L
7A 1B

  1.  
MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ B. MOHD TALIB
L
7A 1B

  1.  
NURUL ATIQAH BT. ZAINUDDIN
P
7A 1B

  1.  
AHMAD HAMIZAN B. YACOB
L
7A 1C

  1.  
NUR MARDHIAH BT. AB HALIM
P
7A 1C



















































Tahniah!

10 SEKOLAH TERBAIK PMR 2013 DI PPDKB KELANTAN


PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENUH PMR 2013 OLEH KPPM










http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/12/19/mstar_berita/20131219103029&sec=mstar_berita 

Foto Banjir

18 Disember 2013

SIAPAKAH PELAJAR TERBAIK PMR 2013?


Nantikan Pengumuman Keputusan PMR 2013 esok!

13 Disember 2013

KEPUTUSAN PMR 19 DISEMBER INI

Keputusan PMR Diumumkan 19 Disember
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan di sini Khamis, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama. "Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.
Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. -BERNAMA


Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)


  • Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [ANGKA GILIRAN] dan hantar ke 15888
  • Contoh: PMR 980310125879 AZ005Z055 hantar ke 15888

06 Disember 2013

PESERTA TAEKWONDO SMKPK RAIH PINGAT EMAS ANTARABANGSA


 3rd USM KELANTAN INTERNATIONAL OPEN TEAKWONDO 2013
14 - 16 NOVEMBER 2013



TAHNIAH SYED!


05 Disember 2013

KOMPUTER CANGGIH UNTUK 10,000 SEKOLAH



Kuala Lumpur: YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications) berhasrat memperkenalkan komputer riba berkeupayaan rangkaian generasi keempat (4G) kepada 10,000 sekolah di negara ini hasil kerjasama dengan pengeluar cip terkemuka, Intel. Pengarah Urusan YTL Group Tan Sri Francis Yeoh berkata, ia membabitkan kedua-dua sekolah menengah dan rendah di negara ini sebagai salah satu usaha memperkasakan 1BestariNet dalam sektor pendidikan.
Foto“Komputer riba bersama rangkaian terpantas Yes 4G mampu memberi impak positif kepada pelajar,” katanya selepas memperkenalkan program terbabit kepada media di Kuala Lumpur, semalam. Ia turut dihadiri Naib Presiden Kumpulan Jualan, Pemasaran dan Pengurus Besar Intel APAC serta Jepun Gregory Bryant.
1BestariNet adalah inisiatif Kementerian Pendidikan untuk melakukan perubahan pembelajaran menggunakan Internet dan teknologi bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar. 
Menerusinya, semua sekolah akan dihubungkan dalam satu pangkalan pembelajaran tunggal menggunakan Internet berkelajuan tinggi 4G dan pengguna diberi akses daftar ke dalam program untuk aplikasi pembelajaran Maya Frog, Google Apps for Education dan Frog Store. Komputer riba berkapasiti 4G itu nanti adalah peranti sempurna untuk digunakan melalui rangkaiannya yang membawa kuasa pengkomputeran kepada semua dan menyambut ketibaan era baru perkomputeran ‘cloud’.
“Di samping rangkaian Yes 4G, YTL Communications turut menyepadukannya dengan program Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) yang sesuai bagi Internet dan mengoptimumkan penggunaan komputer riba,” katanya.
Yes 4G kini mempunyai rangkaian yang meliputi 85 peratus kawasan populasi. Sementara itu, Bryant berkata, kerjasama ini selari dengan visi pendidikan Intel yang mempercayai kuasa pendidikan dalam merubah kehidupan.
“Kami sudah berada di Malaysia sejak 40 tahun yang lalu dan kerjasama dengan YTL ini jelas membantu transformasi pendidikan negara,” katanya.

04 Disember 2013

KERTAS MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2013 TIDAK BOCOR


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Polis mengesahkan tiada berlaku sebarang kebocoran soalan peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 seperti yang didakwa baru-baru ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis telah menyiasat kes itu di bawah Seksyen 8(1)(e) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan seramai 56 saksi telah dipanggil memberi keterangan.
Beliau berkata, polis menerima laporan kes tersebut selepas satu seminar peperiksaan yang dianjurkan di sebuah masjid di Setiawangsa. Katanya, dalam seminar itu soalan-soalan ramalan telah dibincangkan bagi membantu pelajar menghadapi SPM 2013.

"Bagaimanapun, ada pihak salah faham dan menganggap perbincangan soalan ramalan sebagai soalan bocor dan lanjutan daripada itu, satu laporan polis diterima," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Beliau berkata, mereka yang hadir dalam seminar tersebut antara yang telah dipanggil sebagai saksi untuk direkodkan keterangan.

Sehubungan itu, menurut Mohmad kes itu dianggap selesai kerana siasatan menyeluruh dijalankan mengesahkan tidak wujud sebarang elemen yang boleh dikaitkan dengan kebocoran soalan peperiksaan. Pada 22 November lalu, beberapa individu membuat laporan polis berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa kertas peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan dibocorkan di dalam beberapa seminar khas yang dianjurkan menjelang hari-hari terakhir peperiksaan berlangsung.

Kementerian Pendidikan sebelum ini turut memaklumkan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas peperiksaan tersebut selepas media turut melaporkan penglibatan seorang guru tuisyen yang didakwa bertanggungjawab ke atas perkara itu.

02 Disember 2013

PEPERIKSAAN SPM SMKPK TAMAT HARI INI











SELAMAT BERCUTI DARIPADA WARGA SMKPK
SEMOGA CUTI PANJANG TIGA BULAN AKAN
DIPENUHI DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH.

JUMPA NANTI PADA HARI KEPUTUSAN SPM
DIUMUMKAN SEKITAR MAC 2014

01 Disember 2013

PECUTAN AKHIR MENJELANG KERTAS ENONOMI ASAS, KERTAS TERAKHIR SPM 2013 SMKPK

PERSIAPAN PELAJAR TINGKATAN 5 MUAFAKAT & 5 TERAMPIL
SIANG DAN MALAM 
MENJELANG PEPERIKSAAN KERTAS EKONOMI ASAS
2 DISEMBER 2013 (ISNIN)








SELAMAT BERJUANG!