24 Ogos 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMKPK MERIAH









SEDUTAN VIDEO CERAMAH TENTANG BULAN SYAWAL OLEH CIKGU WAN SARIFUL 
(Perlu ada Plug-in)
UCAPAN WAKIL PELAJAR, AIMAN SHARIF (4 SETIA)

UCAPAN WAKIL PENGETUA OLEH EN. BAHARUDIN MAT NAWI (PK KOKURIKULUM)


PK KOKURIKULUM MEMOTONG KEK HARI RAYA BERSAMA-SAMA PENGERUSI BKP



PERSEMBAHAN LAGU AIDILFITRI OLEH PELAJAR

JURUACARA MEMBACAKAN PERMINTAAN UCAPAN HARI RAYA DARIPADA PELAJAR

TAYANGAN VIDEO LAGU PERMINTAAN HARI RAYA

KREW PERSEMBAHAN DI BELAKANG TABIR

Klik di atas untuk memainkan sedutan video persembahan pelajar 
(Jika mempunyai plug-in)





SESI BERGAMBAR SETIAP TINGKATAN

TINGKATAN 5 SETIA BERSAMA-SAMA DENGAN GURU TINGKATAN

 BERATUR UNTUK BERSALAM DAN MEMOHON MAAF DENGAN GURU-GURU

 BERATUR UNTUK BERSALAM DAN MENGAMBIL MAKANAN TENGAH HARI



 SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

23 Ogos 2013

LAWATAN PELAJAR ASRAMA SMKPK & PELAJAR TARGET PMR & SPM KE KUALA LUMPUR 21 -23 OGOS 2013

DATARAN PUTRA, PUTRAJAYA

PESERTA ROMBONGAN


GURU PENGIRING - PKP DAN GURU KANAN  TEK. VOK.


 SEBAHAGIAN PESERTA BERGAMBAR DI PUTRAJAYA


PEMANDANGAN DI I-CITY, SELANGOR DE







Laporan bergambar  yang lengkap boleh didapati di 


20 Ogos 2013

MAJLIS PENERANGAN PROGRAM PERKAMPUNGAN AKADEMIK PMR KEPADA IBU BAPA CALON PMR

TARIKH    : 20 OGOS 2013 (SELASA)
TEMPAT  : DEWAN MAKAN ASRAMA SMKPK
MASA       : 9.00 - 10.30 PAGI











TAKLIMAT SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH SERTA MAJLIS PENUBUHAN KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KISB) SMK PANGKAL KALONG


TARIKH  : 20 OGOS 2013 (SELASA)
TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA SMKPK
MASA      : 8.00 PAGI
Taklimat telah disampaikan oleh
Setiausaha PIBG, En. Ibrahim b. Mamat (Guru Kanan Sains Sosial)







PERHATIAN KEPADA BEKAS PELAJAR SMKPK YANG MENGAMBIL PEPERIKSAAN ULANGAN SPM 2013 - BM & MATEMATIK



CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM ULANGAN SPMU 2013 ONLINE



Semakan Keputusan SPM Ulangan SPMU 2013 Online. Tarikh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan 2013 akan diumumkan keluar pada rabu 21 Ogos 2013. Slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.


Tarikh Semakan SPMU 2013
21 Ogos 2013 (Rabu)

Semakan Keputusan SPMU 2013 Guna SMS
Semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU RESULT, nombor kad pengenalan dan hantarkan ke 15888.

19 Ogos 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BERMULA 26 OGOS 2013

Klik di atas untuk lihat atau muat turun

18 Ogos 2013

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA (KELAS MALAM) PELAJAR PMR DAN SPM DISAMBUNG SEMULA

PERHATIAN:

Kelas malam pelajar PMR dan SPM akan disambung semula mulai malam ini selepas berehat selama sebulan Ramadan. Lihat jadual berikut:

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN PENUH KECERIAAN DAN SEMANGAT BELAJAR YANG BERKOBAR-KOBAR


16 Ogos 2013

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG SEMPENA ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-56 DARI 16 OGOS - 16 SEPTEMBER 2013











GARIS PANDUAN
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
_________________________________________________

LATAR BELAKANG

1.            Perayaan Bulan Kemerdekaan akan disambut dan dilaksanakan mulai 16 Ogos sehingga 16 September 2013. Perayaan ini akan disambut di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Bagi menjayakannya Kementerian Pelajaran akan menguatkuasakan arahan yang terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran seperti yang berikut:

i.              Surat Pekeliling Ikhtisas bil: 14/2000 – Aktiviti Tambahan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah bertarikh 10 Ogos 2000 – Bil: KP(BS)85491/Jld.XV(14)

ii.            Tambahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bertarikh 15 Ogos 2000- Bil:KP(BS)8591/Jld.XV(14A)

MATLAMAT

2.            Melalui Kempen Pengibaran Jalur Gemilang ini diharapkan agar murid-murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi Negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya, serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

OBJEKTIF

3.              Pelaksanaan kempen ini diharapkan dapat;
3.1         Semua sekolah mengibarkan Jalur Gemilang bermula pada 16 Ogos 2013 (Hari Pelancaran) dan seterusnya,
3.2         Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa,
3.3         Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan,
3.4         Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkar.
3.5         Mewujudkan kerjasama warga sekolah dengan masyarakat luar melalui aktiviti bersama.
3.6         Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini

 CADANGAN AKTIVITI

4.            Setiap sekolah menyediakan Kertas Cadangan Aktiviti masing-masing khasnya dalam jangka masa kempen dan sepanjang tahun amnya.

5.            Beberapa aktiviti utama dicadangkan bagi pelaksanaan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2013. Kempen Kibar Jalur Gemilang dicadangkan akan dilancarkan  secara rasmi mulai 16 Ogos 2013 (Jumaat) sehingga 16 September 2013 (Isnin). Program ini  akan disambut di seluruh negara sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

6.            Bagi menyemarakkan sambutan di peringkat KPM, BKK mencadangkan beberapa program yang melibatkan penghayatan kepada aktiviti ini, mencetuskan, memupuk dan menanamkan rasa kesyukuran dengan nikmat kemerdekaan negara, menghargai dan menghormati jalur gemilang seperti yang berikut:

6.1         Perhimpunan Khas

Perhimpunan khas diadakan pada pagi 18 Ogos 2013/19 Ogos 2013 (Menggantikan perhimpunan mingguan Ahad/Isnin) di semua sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-Bahagian di KPM. Semua warga sekolah/PPD dan JPN turut terlibat dalam perhimpunan ini di peringkat masing-masing. Cadangan aturcara perhimpunan adalah seperti yang berikut:
·                     Upacara menaikkan Jalur Gemilang dan diikuti nyanyian lagu Negaraku
·                     Nyanyian Lagu Negeri dan Lagu Patriotik
·                     Ucapan Pelancaran oleh Pengetua/Guru Besar/PPD atau Pengarah
·                     Ucapan Tokoh/ pemimpin tempatan/guru bertemakan Kemerdekaan
·                     Simbolik penyerahan bendera
·                     Aktiviti kebahasaan (boleh disampaikan di dalam bahasa kebangsaan/ bahasa Inggeris/ bahasa ibunda:
i.              Syarahan, pidato
ii.            Pantun, sajak
iii.           pengucapan berirama dan sebagainya

Bagi Sekolah Wawasan, acara ini hendaklah disambut secara serentak dan bersama di kalangan murid-murid daripada ketiga-tiga aliran.

              6.2         Pembinaan/Pembuatan pelbagai jenis/bentuk bertemakan Jalur Gemilang

Pelbagai bentuk dan saiz Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan sepanjang tempoh ini di premis  dan kawasan sekolah/pejabat. Pihak sekolah digalakkan menganjurkan pertandingan mencipta pelbagai jenis bertemakan  Jalur Gemilang daripada pelbagai bahan, media  dan bentuk. Hasil kerja murid-murid hendaklah dikibarkan atau dipamerkan sepanjang kempen dijalankan. Pihak sekolah digalakkan mencipta atau mengadakan satu penghasilan kreatif daripada apa-apa bahan sekalipun mengikut kreativiti masing-masing bagi mencipta atau menghasilkan Jalur Gemilang.

6.3         Aktiviti  Bersama Jalur Gemilang

Sempena perayaan ini pihak sekolah, PPD dan JPN boleh mengadakan pelbagai aktiviti menggunakan  Jalur Gemilang. Antara contoh aktiviti yang dicadangkan sebagai panduan adalah:
·                     menghias premis (bilik darjah, premis sekolah, kawasan sekolah/ruang pejabat dan sebagainya)
·                     larian jalur gemilang/berbasikal berfokus
·                     kembara jalur gemilang
·                     pameran kemerdekaan
·                     pertandingan bersesuaian - perbahasan, melukis poster, hiasan
·                     idea kreatif mereka bentuk  Jalur Gemilang (Contoh: topi pelepah kelapa, botol dan sebagainya)

6.4.  Melaksanakan dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum mengikut kesesuaian, contoh;
           *      Tajuk Karangan – dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
           *      Menghormati bendera – dalam mata pelajaran Pendidikan
                  Moral

6.5.  Bagi memperkukuhkan dan memberi lebih impak, dicadangkan setiap sekolah mengadakan pelancaran oleh Pengetua/Guru Besar di peringkat masing-masing.

KESIMPULAN


7.            Bagi melaksanakan program ini dengan jayanya, pihak sekolah disaran melibatkan ibu/bapa/penjaga dan komuniti setempat dalam  aktiviti tertentu yang dirancangkan sesuai dengan Program Sarana Ibu Bapa yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Program ini juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum sekolah khususnya bagi ahli Pasukan Badan Beruniform dan  Persatuan/Kelab. 

06 Ogos 2013

PANDUAN DAN CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI


Lafaz Takbir


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

solat sunat hari raya aidilfitri panduan dan cara solat sunat hari raya aidilfitri 2013NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI


أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala

Ertinya
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama

  • Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun
Rakaat kedua

  • Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas
  • Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. 

Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai


My Sumber - http://www.mysumber.com/info/panduan-dan-cara-solat-sunat-hari-raya-aidilfitri-2012#ixzz2ao93B1m3

02 Ogos 2013

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 & HARI RAYA AIDILFITRI BERMULA

Selamat bercuti kepada warga SMKPK. 
Sekolah bercuti mulai 2 - 17 Ogos 2013.

Jangan lupa kembali ke sekolah pada 18 Ogos 2013.