PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (KOHORT 7)
20 Julai 2013
TAMBAHAN CUTI SEMPENA AIDILFITRI TAHUN INI (BH 20/07/13)
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan membenarkan sekolah mengambil cuti
peristiwa atau cuti berganti sehingga tiga hari sempena Aidilfitri yang dijangka
disambut 8 Ogos ini. Bagi sekolah di negeri yang hujung minggunya Jumaat
dan Sabtu boleh mula bercuti raya mulai Ahad, 4 Ogos, manakala sekolah di negeri
yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad bermula Isnin, 5 Ogos.
Berikutan itu, cuti sekolah sempena Aidilfitri dan pertengahan penggal kedua
adalah bersamaan dua minggu, sehingga 17 atau 18 Ogos. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya dimaklumkan pegawai Kementerian
Pendidikan mengenai cuti tambahan itu, tiga hari lalu. Katanya, NUTP
membuat permohonan bertulis kepada kementerian selepas menerima pandangan ibu
bapa dan sekolah yang menyarankan supaya sekolah dibenarkan bercuti lebih
awal.
“Bagaimanapun, sekolah perlu membuat permohonan untuk mengambil cuti berganti kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing dan hari persekolahan berganti diputuskan atas pertimbangan jabatan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Yim Pheng berkata, notis pemberitahuan mengenai
cuti berganti yang ditandatanganinya dipaparkan dalam laman web NUTP bagi
memudahkan pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa merancang cuti hari
raya. NUTP dalam surat kepada semua pengerusi dan setiausaha cawangannya,
kelmarin, turut memaklumkan Kementerian Pendidikan tidak akan mengeluarkan surat
pekeliling mengenainya. Surat itu turut menyebut, semua sekolah diminta
memohon kebenaran cuti sekolah berganti daripada JPN masing-masing berdasarkan
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 menurut
Ruj.KP/PPM/7(13) bertarikh 9 Ogos 2012.
16 Julai 2013
12 Julai 2013
11 Julai 2013
MUAT TURUN ANJAKAN : BULETIN BULANAN TRANSFORMASI KPM ISU #3'
Dari LAMAN WEB KPM:
11 July 2013
Sila muat turun Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi KPM Isu #3 di ruangan 'Muat Turun' di bawah.
Klik di sini untuk muat turun Anjakan Isu #1.
10 Julai 2013
AKTIVITI KEAGAMAAN SETIAP HARI DI SMKPK SEPANJANG RAMADAN
SEMPENA BULAN RAMADAN, SMKPK TELAH MENYUSUN PELBAGAI PROGRAM KEAGAMAAN PADA SETIAP HARI:
DEWAN BESTARI: GURU DAN PELAJAR LELAKI
MUSALLA : GURU DAN PELAJAR PEREMPUAN
PAGI (Sebelum Pengajaran & Pembelajaran):
3. SOLAT DHUHA
4. SOLAT HAJAT
4. SOLAT HAJAT
TENGAH HARI (Selepas Pengajaran & Pembelajaran):
1. SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
SELAMAT BERPUASA KEPADA WARGA SMKPK
Ganjaran Puasa Ramadan
Tarikh: Aug 26, 2011
Riwayat: Riwayat Bukhari & Muslim
Kategori: Ibadah
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
- i) Puasa merupakan perkara ˜dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
- ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
- iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
- iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
- v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.
09 Julai 2013
TAHNIAH SMKPK - JOHAN KESELURUHAN PPD KOTA BHARU
ACARA BALAPAN & PADANG KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN MSSD KOTA BHARU 2013
TARIKH : 9 JULAI 2013
TEMPAT : STADIUM MINI KIJANG EMAS MSSK
08 Julai 2013
MAJLIS RUNDING-CARA KE-3 2013 BERJAYA MENINGKATKAN MOTIVASI WARGA SMKPK

Kesudian Tn. Hj. Zahari untuk hadir dan berucap merupakan suntikan semangat yang amat berkesan kepada warga sekolah termasuk juga ibu bapa. Dalam ucapan perasmiannya, Tn. Hj. Zahari telah menyentuh keperluan ibu bapa, guru dan pelajar calon PMR dan SPM mempunyai matlamat yang sama iaitu mencapai kecemerlangan ilmu.Beliau turut menjelaskan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025 yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Pelan ini yang mengandungi 6 inspirasi turut dijelaskan kepada ibu bapa dan pelajar yang hadir.
Timbalan Pengarah turut menyampaikan hadiah kepada 25 pelajar terbaik dalam PKBS 2 yang diadakan baru-baru ini. 5 pelajar terbaik setiap tingkatan telah dipilih untuk menerima hadiah itu. Ia merupakan satu galakan untuk pelajar-pelajar ini mencatat pencapaian akademik yang lebih cemerlang pada masa akan datang, sekaligus menjadi pendorong kepada pelajar lain untuk mengikuti jejak kecemerlangan mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)























