PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (KOHORT 7)
27 Februari 2013
LAWATAN & PEMANTAUAN PEGAWAI UNIT BAHASA MELAYU JPN KELANTAN
Warga SMK Pangkal Kalong amat berbesar hati dan mengalu-alukan lawatan pemantauan oleh En. Meor Mohamad Zain dari Unit Bahasa Melayu JPN Kelantan pada 26 Februari 2013.
19 Februari 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN RM100 TAHUN 2013
Pada 16 Februari 2013 (Sabtu) telah diadakan majlis penyampaian Bantuan Khas Persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar SMK Pangkal Kalong. Semua ibubapa pelajar telah dijemput untuk menerima duit tersebut yang berlangsung di Dewan Bestari SMK Pangkal Kalong. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Roslan bin Abd Hamid (Penyelaras Dun Kadok) iaitu wakil kepada Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj.Annuar bin.Hj.Musa yang tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Majlis berjalan dengan lancar dan pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk semua guru dan kakitangan SMK Pangkal Kalong, YDP PIBG serta semua Penyelia Pembangunan Kampung yang turut sama menyertai majlis tersebut.
05 Februari 2013
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN DISIPLIN
Majlis Perasmian Penutup Bulan Disiplin telah diadakan pada 31 Januari 2013 bertempat didewan SMK Pangkal Kalong.Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs.Tn.Mahmood bin Awang Kechik (Penolong Pegawai Penguatkuasa,bahagian Pematuhan JPJ Kelantan). Seiring dengan itu, beliau juga telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pengawas SMK Pangkal Kalong 2013.
.
Langgan:
Catatan (Atom)