KLIK DI BAWAH UNTUK ALBUM LENGKAP:
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (KOHORT 7)
26 Oktober 2018
25 Oktober 2018
KELANTAN STUDENT QURAN HOUR PADA 25 OKT. 2018
Kelantan Student Quran Hour tarik 5,000 peserta BERITA PILIHAN (UTUSAN MALAYSIA ONLINE)
KOTA BHARU 25 Okt. - Program 'Kelantan Student Quran Hour' yang julung kali diadakan berjaya menarik kehadiran 5,000 peserta termasuk lebih 3,000 pelajar dari seluruh negeri ini.
Program yang berlangsung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini itu anjuran bersama Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) dengan Jabatan Pendidikan negeri.
Pengarah Pendidikan negeri, Muhammad Zahari Othman berkata, lebih 200 sekolah terlibat terdiri daripada 177 sekolah menengah Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK), swasta dan pusat-pusat tahfiz.
Beliau berkata, program itu diadakan serentak dengan solat hajat bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Persekolahan Tinggi Malaysia (STPM) serta pelancaran Rumah Ngaji di seluruh sekolah negeri ini.
"Kita mahu semarakkan konsep Rumah Ngaji iaitu baca, faham dan amal al-Quran di seluruh sekolah.
"Tidak perlu kepada bangunan atau ruangan yang besar melibatkan beban kewangan tetapi memadai sudut dengan aktiviti al-Quran yang berterusan supaya murid tahu, faham dan mengamalkan intipati al-Quran," katanya semasa berucap merasmikan program di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Media Karangkraf merangkap Pengerusi TV Al-Hijrah, Datuk (Dr) Husammuddin Yaacub; Pengerusi PRNNK, Datuk Adnan Hashim
dan Imam Tua Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Sabri Abdullah
dan Imam Tua Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Sabri Abdullah
Dalam masa sama, Muhammad Zahari turut menasihatkan pelajar belajar bersungguh-sungguh kerana matlamat pendidikan di sekolah dan seterusnya universiti adalah melahirkan insan cemerlang yang memiliki akhlak mulia, peribadi unggul dan bertakwa.
"Kita perlu berusaha menjadi orang dewasa cemerlang yang ada pekerjaan dan pendapatan untuk sara hidup diri dan keluarga serta menjaga keselamatan dan keharmonian negara," katanya. UTUSAN ONLINE
"Kita perlu berusaha menjadi orang dewasa cemerlang yang ada pekerjaan dan pendapatan untuk sara hidup diri dan keluarga serta menjaga keselamatan dan keharmonian negara," katanya. UTUSAN ONLINE
24 Oktober 2018
TAHNIAH SMK PANGKAL KALONG KERANA TELAH MEMENANGI DUA GANGSA DAN TEMPAT KE-4 DI SIMPOSIUM HEM PERINGKAT KEBANGSAAN DI TERENGGANU 22 - 24 OKT. 2018
ANUGERAH PERINGKAT KEBANGSAAN
SIMPOSIUM HEM 2018:
SMK PANGKAL KALONG,
WAKIL KELANTAN TELAH MEMENANGI
ANUGERAH PAMERAN AMALAN DISIPLIN TERBAIK
- GANGSA
ANUGERAH SEBARAN MEDIA DISIPLIN TULAR PALING POPULAR
- GANGSA
ANUGERAH PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK DISIPLIN (SEKOLAH MENENGAH)
- KEEMPAT
BERITA PILIHAN (UTUSAN MALAYSIA ONLINE) - Tularkan aspek kebaikan di sekolah - Dr. Maszlee
Tularkan aspek kebaikan di sekolah - Dr. Maszlee Wan Zulkifli Wan Yaacob 24 Oktober 2018 4:13 PM

KUALA NERUS 24 Okt. - Selain sisi negatif yang dikatakan lebih menjadi tarikan, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik meminta pihak media untuk bersama-sama membantu ke arah kemenjadian murid melalui paparan nilai murni, amalan kreatif dan inovatif warga sekolah di seluruh negara.
Katanya, dengan menyebarluaskan secara berterusan dalam segala aspek kebaikan hasil pendekatan pihak sekolah yang diserlahkan dalam pelbagai bentuk pencapaian, ia boleh dikongsikan dengan sekolah lain, masyarakat, negara dan dunia.
"Selalu banyak bahan-bahan positif sebegini kita baca tentang apa yang berlaku di luar negara tetapi sebenarnya turut berlaku di negara kita. Sebagai contoh ada sekolah yang punyai saluran televisyennya sendiri, saluran Youtube dengan penghasilan video menarik dan menyentuh hati di samping warung kopinya sendiri.
"Justeru bahan-bahan positif sebegini kita boleh lambakkannya juga dalam media sosial dan ditularkan, yang boleh memberi penghargaan, rangsangan kepada murid-murid yang kreatif dan juga kepada guru-guru.
"Mereka (guru-guru) merupakan golongan yang begitu berharga dalam pembentukan masyarakat dan negara," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan Kali Kelima di sini hari ini.
Simposium selama tiga hari itu yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan bertemakan Sebarkan Kegembiraan, Serlahkan Kasih-Sayang, Semarakkan Hormat Menghormati, Ke Arah Kemenjadian Murid Unggul.
Ia diharap menjadi cetusan lebih banyak inovasi, kreativiti, amalan dan model terbaik yang boleh diteladani serta berimpak tinggi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling, disiplin dan pengurusan hal ehwal murid.
Dalam majlis itu juga hadiah kepada pemenang dalam 14 kategori pertandingan turut disampaikan termasuk bagi amalan terbaik kaunseling dan disiplin bagi sekolah rendah dan menengah di samping video inspirasi kreatif nilai serta sebaran media kaunseling dan disiplin tular paling popular. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tularkan-aspek-kebaikan-di-sekolah-dr-maszlee-1.774094#ixzz5UqVGZ2FH
© Utusan Melayu (M) Bhd
DOAKAN KEJAYAAN SMKPK DI SIMPOSIUM HAL EHWAL MURID PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 DI KUALA TERENGGANU
GERAI PAMERAN WAKIL KELANTAN,
SMK PANGKAL KALONG
SEKITAR HARI KEDUA - 23 OKT. 2018
SEKITAR HARI KETIGA - 24 OKT. 2018
LAWATAN YB DR. MASZLEE BIN MALIK,
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
KE GERAI PAMERAN SMK PANGKAL KALONG
Langgan:
Catatan (Atom)

























































