21 September 2013

CUBA LAGI TAHUN DEPAN! SYABAS KE PERINGKAT KEBANGSAAN









Berita Terkini

8.00 malam:
Keputusan pertandingan peringkat Menengah Rendah:

Keputusan akhir perempuan menengah rendah:
Johan Selangor 
Naib Johan Johor
Ketiga Melaka & Pulau Pinang

Lelaki menengah rendah:
Johan Melaka
Naib Johan Johor
ketiga KELANTAN dan Pulau Pinang

Laporan Pn. Kamariah bt. Othman, 8.00 mlm menerusi Facebook. 
Gambar-gambar lain akan dimuat naik kemudian.Terima kasih

19 September 2013

TAHNIAH! SATU LAGI KEJAYAAN SMKPK - 1 EMAS, 2 PERAK & 9 GANGSA

KEJOHANAN SIRKIT BALAPAN & PADANG
MSSD KOTA BHARU 2013
Di Stadium Mini Kijang Emas,
Kompleks Sekolah-sekolah, Wakaf Mek Zainab,
Kota Bharu, Kelantan

Pasukan SMKPK telah memenangi

1 Emas dimenangi oleh 
Ahmad Azizul Hakim b. Abd. Kadir
(Tingkatan 4 Proaktif)
- Acara lompat jauh

18 September 2013

VIDEO UCAPAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN PAINTBALL SMKPK OLEH TUAN PPD KOTA BHARU


Klip video ucapan tahniah 
kepada pasukan Paintball Asrama SMKPK 
yang menjadi 
Johan Karnival Paintball Kelantan 
(Kategori perempuan bawah 14 tahun) 
oleh 
Tuan PPD Kota Bharu 
yang telah melawat SMKPK 
pada 
18 September 2013 (Rabu)


SMKPK BOLEH!

CALON PMR - PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK UNTUK 2014 TELAH DIBUKA

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL 
DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIKBAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sila klik di bawah:


17 September 2013

SYABAS - PASUKAN PAINTBALL ASRAMA SMKPK JUARA KELANTAN!


Alhamdulillah.. 
Pasukan Tingkatan Satu dan Dua Asrama SMK Pangkal Kalong telah berjaya menjadi 
JOHAN KARNIVAL "PAINTBALL" ASRAMA HARIAN 
NEGERI KELANTAN TAHUN 2013. 

Kami akan meneruskan perjuangan 
di KARNIVAL 'PAINTBALL" ASRAMA HARIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 
di Melaka 
pada 20-23 September 2013 nanti..

Doakan dan restuilah pasukan Paintball Asrama SMK Pangkal Kalong..
.



SUASANA PERTEMPURAN SEMASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR 
MELAWAN PASUKAN SMK GONG KEDAK 
DAN PERINGKAT AKHIR MELAWAN SMK PAHI













SUASANA PERTEMPURAN SEMASA PERINGKAT SUKU AKHIR 
MELAWAN PASUKAN SMK ZAINAB
















Tn. Hj. Jailani Junoh selaku Jurulatih sentiasa di sisi


SMKPK BOLEH!


Laporan dan gambar 
oleh Guru Pengiring/Pengurus Pasukan, Pn. Kamariah Othman

SELAMAT DATANG GURU BAHASA INGGERIS BAHARU KE SMKPK

En. Kamarul Zaman bin Mohd. Yusof
dari SMK Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan

14 September 2013

PROGRAM KOLABORASI AKADEMIK SMK PANGKAL KALONG DENGAN SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

14 September 2013 (Sabtu) - Satu Program Kolaborasi Akademik untuk calon PMR telah diadakan untuk membantu calon menghadapi peperiksaan PMR. Program. kali ini melibatkan calon PMR kedua-dua buah sekolah, iaitu seramai 90 orang. 63 calon dari SMK Pangkal Kalong dan 27 calon dari SMS Tengku Muhammad Faris Petra. Mereka telah menjalani program sehari ini bertempat di SMK Pangkal Kalong.

Ketibaan rombongan guru dan calon PMR SMSTMFP telah disambut oleh Tuan Pengetua SMKPK, Tn. Hj. Mohd. Yusof b. Setafa dan barisan pentadbir sekolah. Satu sesi penggambaran telah diadakan sebaik sahaja ketibaan mereka.











Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi ice-breaking, riada dan bengkel teknik menjawab tiga subjek, iaitu Pendidikan Islam, Sejarah dan Geografi. Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh Guru Cemerlang subjek berkenaan dari SMSTMFP.

12 September 2013

TAHNIAH! - PASUKAN PAINTBALL SMKPK MARA KE PUSINGAN KEDUA

Mereka akan bertarung di pusingan kedua 
pada 17 September 2013 ini



Pengelola : 
Jabatan Pelajaran Negeri (Unit Asrama) 
dengan kerjasama Persatuan Penyelia Asrama Negeri Kelantan (PPANK).

Tarikh : 17 September 2013
Tempat : Pusat Kokurikulum JPN Kelantan, Tangok, Bachok
Masa : 8.30 pagi - 6.30 petang


Doakan kejayaan mereka!

AHAD, 15 SEPTEMBER 2013 - SAMBUTAN HARI MALAYISA KE-50 TAHUN PERINGKAT SMKPK


08 September 2013

PENTING KEPADA CALON PMR - PERMOHONAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2014

Permohonan Kemasukan SBP 2014 Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan 4 secara Online. Menerusi kenyataan rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.
logo-SBP
Cara Permohonan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online
Permohonan secara online akan dibuka mulai 1 September 2013 di laman http://public.moe.gov.my/ ATAU http://www.moe.gov.my/

SBP-2014

Panduan atau Cara Memohon SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online
Sebelum membuat permohonan, calon mestilah membaca buku panduan permohonan kemasukan ke SBP Tahun 2014.  Untuk dapatkan buku panduan sila klik BUKU PANDUAN PERMOHONAN SBP 2014 ONLINE
panduan-am
Syarat Umum Kemasukan SBP 2014
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan
Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 1
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum
Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa.
    2. Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
    3. Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
    4. Aktif dalam kokurikulum
Tarikh Tutup Permohonan
15 Oktober 2013


Sumber: Permohonan Kemasukan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online | melvister.com